Selepas hampir 15 tahun, Ziana Zain akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 38 dan tidak memikirkan apakah taruhannya kali ini menjadi atau sebaliknya.

Menurut laporan, Ziana mengatakan diumurnya yang sudah mencecah 55 tahun ini mengakui tidak terlalu memikirkan tentang persaingan sebaliknya fokus jika dirinya boleh menyampaikan persembahan yang baik untuk dilayakkan ke pentas akhir AJL ataupun tidak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya tak fikir soal saingan, hanya fikir saya boleh nyanyi ataupun tidak. Itu yang paling penting. Kita pada umur ni dah malas nak fikir soal tu.

“Saya hanya mewakili komposer dan penulis lirik. Walaupun saya gugup nak nyanyi, tetapi saya akan cuba yang terbaik.” ujar Ziana.

Difahamkan, Ziana akan mempertaruhkan lagu duet bersama Hasif Upin bertajuk Waktu di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM).