Model Bezza merupakan kereta sedan pertama Perodua yang diperkenalkan pada tahun 2016. Kereta sedan ini juga merupakan model pertama yang mempunyai fungsi ‘Vehicle Stability Control‘ (VSC) berbanding kereta-kereta Perodua yang lain.
Setelah hampir 6 tahun Perodua tidak mengeluarkan sebarang berita mengenai model baharu untuk segmen sedan, seorang pereka bentuk kereta konsep yang cukup dikenali ramai, Theophilus Chin telah berkongsi satu video konsep ‘Perodua Sedan’.
Menurut beliau, rekaan konsep tersebut telah dibuat sejak tahun 2020 yang lalu dengan menggunakan model konsep ‘Daihatsu DN-F’ yang pernah dipamerkan semasa acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 (GIIAS 2017).
‘Daihatsu DN-F’ lebih besar dan rendah berbanding model Bezza, dengan mempunyai panjang sekitar 4.2 meter, lebar 1.69 meter dan tinggi 1.43 meter. Manakala wheelbase pula mencecah 2.51 meter.
Dalam video yang dikongsikan, Theo juga telah memadankan model sedan ini dengan empat pilihan warna asas kegemaran ramai seperti Merah, Hitam, Biru, Silver dan juga tambahan warna ‘unik’ Emerald Green.
Walaupun model sedan seperti ‘Daihatsu DN-F’ ini tidak digemari oleh penduduk Indonesia, namun tidak bermakna ia juga tidak mendapat sambutan di pasaran Malaysia.
Orang ramai telah lama menanti-nantikan berita baik daripada pihak Perodua sejak sekian lama agar dapat memperkenalkan model sedan baharu pada masa akan datang.
*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.
Anda boleh lihat lagi hasil kerja yang pernah dikongsikan oleh Theophilus Chin sebelum ini melalui pautan di bawah.
Rekaan Konsep Satria Neo ‘5-Pintu’ Ini Buat Netizen Kagum, Mungkinkah Pengganti Model Suprima S?
Hanya Sekadar Konsep, Netizen Terpegun Dengan Rekaan ‘Satria Neo’ Ini
Mungkin Ini ‘Proton S50’ Yang Akan Dilancarkan Sekitar Tahun Ini?