Wan Hanafi Su menyatakan bahawa dia berpendirian neutral dan tak boleh pilih salah satu antara Israel atau Palestin.

Pelakon veteran bertaraf legenda, Wan Hanafi Su mendapat kritikan daripada ramai pihak gara gara jawapannya dalam sesi soalan pantas baru baru ini.

Baca Juga:

Di mana dia ditanya sama ada dia memihak Israel atau Palestin, dan Wan Hanafi Su menyatakan dia tidak boleh memilih salah satu kerana risau tercetusnya Perang Dunia Ketiga.

“Boleh saya pilih tetapi jangan sampai WW3,” tegas pelakon veteran sensasi itu.

Wan Hanafi Su jelas berpendirian neutral dalam perkara itu sedangkan artis lain yang lebih muda dengan mudah memilih Palestin.

Ini kerana Palestin ketika ini sedang mengalami krisis kemanusiaan akibat kekejaman rejim zionis dari Israel.

Komen Wan Hanafi Su itu membuatkan ramai netizen mengkritiknya. Seorang peminat berkata dalam nada sindiran: “Hebat betul sampai pilihan dia boleh cetuskan perang dunia ketiga.”

Seorang lagi menyatakan, Wan Hanafi Su bukannya ada kepentingan di Hollywood, pilih sajalah Palestine, kata Imaanzahra.

Namun ada juga yang bersangka baik dengan Wan Hanafi Su, menyatakan bahawa dia mungkin terikat kontrak dengan syarikat produksi di Singapura, sebagai contoh.

Seterusnya, seorang lagi menyatakan, Wan Hanafi Su menyatakan dia berpendirian neutral, mungkin kerana dia tidak terdedah dengan isu semasa di media sosial memandangkan dia tiada media sosial. Oleh sebab itu dia tidak tahu bahawa pilihan neutral dalam perkara ini dianggap sensitif.

Tetapi ramai kurang menerima kenyataan itu, kerana isu Israel Palestin ini sudah lama. Tidak perlu ada media sosial pun untuk mengetahui pihak mana yang teraniaya.