Pemain Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal memberi sokongan kepada pasukan negara yang ketika ini beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 Qatar.

Menerusi laman media sosial miliknya, Kuzain berkongsi gambar yang menunjukkan tangkap layar beliau sedang menyaksikan perlawanan pembukaan kumpulan E antara Malaysia menentang Jordan baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Meskipun dilihat memberikan sokongan, namun ada segelintir peminat yang mengkritik Kuzain dimana mereka berpendapat pemain itu hanya memberikan sokongan ketika Malaysia sudah beraksi di pentas Asia.

Sebelum ini, Kuzain menjadi antara pemain yang didambakan oleh penyokong untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya kerana pemain itu dianggap boleh memberi kelebihan kepada pasukan negara.

Akan tetapi, seiring berjalannya waktu, hasrat tersebut tidak kesampaian dimana paling hampir ialah Wan Kuzain pernah menyertai kem latihan pusat skuad B-23 Tahun negara yang dibimbing oleh Brad Maloney pada 2021.

Tahun lalu, bapa kepada Kuzain iaitu Wan Kamal ada menyatakan bahawa pemain itu dan adiknya, Wan Kuzri kekal beraksi di Amerika Syarikat dan tidak mempunyai masalah untuk menyumbang kepada pasukan negara.

“Semua kena faham seperti sukan lain, bola sepak profesional adalah karier yang perlukan aksi kompetitif. Saya percaya Wan Kuzain dan Wan Kuzri akan kekal bersaing dalam kelab di Amerika Syarikat.

“Namun, jika mereka juga tidak mempunyai masalah jika mendapatkan ruang serta peluang untuk mewakili skuad Harimau malaya pada masa akan datang. Sudah tentu mereka gembira untuk menyumbangkan sesuatu buat pasukan kebangsaan,” katanya.

Ketika ini Wan Kuzain mewakili kelab St. Louis City SC manakala Wan Kuzri pula beraksi dengan Saint Charles SC dalam Liga USL 2.