Tirai kejohanan badminton Orleans Masters 2025 bakal bermula petang esok dengan Malaysia mempunyai 15 wakil dengan kehadiran nama-nama besar.

Ia berikutan kehadiran semula pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang sebelum ini rehat hampir 11 minggu ekoran kecederaan pergelangan kaki dialaminya pada hujung tahun lalu.

Baca Juga:

Selain Zii Jia yang diletakkan selaku pemain pilihan pertama kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi bersama-sama Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut bakal turun beraksi dan menjadi pilihan untuk menjuarai saingan.

Orleans Masters
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei merupakan juara Orleans Masters 2023. Kredit Foto: BAM

Orleans Masters 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang berstatus Super 300.

Ia merupakan kejohanan keenam pada musim dalam lingkungan status Super 300 hingga ke Super 1000 selepas Terbuka Malaysia, Terbuka India, Indonesia Masters, Thailand Masters dan Terbuka Jerman.

Menurut tinjauan, kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai $240,000 (RM1,072,108.12).

Berikut merupakan pecahan hadiah wang tunai diberikan pemain-pemain yang menyertai kejohanan tersebut.

Orleans Masters
Man Wei Chong-Tee Kai Wun berdepan tugas sukar seawal pusingan pertama. Kredit Foto: BAM

Orleans Masters 2025

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $840 (RM3,751.78).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $900 (RM4,019.77).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $1,440 (RM6,432.06) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $1,740 (RM7,772.07).

Tewas di separuh akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di separuh akhir akan pulang dengan $3,480 (RM15,544.15).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,360 (RM15,007.14).

Naib Juara

Bagi pemain yang muncul naib juara dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $9,120 (RM40,733.68).

Juara

Habuan yang lebih lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $18,000 (RM80,383.90) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $18,960 (RM84,672.89).

Orleans Masters 2025
Kredit Foto: Victor Malaysia

CukaiĀ 

*Wang hadiah tertakluk kepada cukai ditetapkan kerajaan Perancis. Oleh itu, akan ada potongan sebantak 15% cukai pegangan dikenakan ke atas wang hadiah kemenangan ini.