Tirai kejohanan badminton Terbuka Swiss 2026 bakal bermula petang ini di St. Jakobshalle, Basel.

Kem Malaysia mempunyai 10 wakil dengan kehadiran pemain-pemain seperti Lee Zii Jia, Justin Hoh, K. Letshanaa dan Wong Ling Ching.

Zii Jia perlu menghadapi pusingan kelayakan terlebih dahulu dalam usaha memanjat masuk ke undian utama.

Terbuka Swiss 2026 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang berstatus Super 300.

Terbuka Swiss 2026
Wong Ling Ching. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Ia merupakan kejohanan ketujuh pada musim ini dalam lingkungan status Super 300 hingga ke Super 1000 selepas Terbuka Malaysia, Terbuka India, Indonesia Masters, Thailand Masters, Terbuka Jerman dan All England.

Berikut merupakan pecahan hadiah wang tunai diberikan pemain-pemain yang menyertai Terbuka Swiss 2026.

Terbuka Swiss 2026

Hadiah Keseluruhan

$250,000 (RM981,634.31)

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $875 (RM3,435.74).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $937 (RM3,679.19).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $1,500 (RM5,889.39) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $1,812 (RM7,114.67).

Tewas di separuh akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di separuh akhir akan pulang dengan $3,625 (RM14,233.27).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,500 (RM13,742.47).

Naib Juara

Bagi pemain yang muncul naib juara dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $9,500 (RM37,298.72).

Juara

Habuan yang lebih lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $18,750 (RM73,615.89) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $19,750 (RM77,539.31.)