Selepas berakhirnya All England awal pagi tadi dengan kejayaan Aaron Chia-Soh Wooi Yik menduduki tempat kedua, tumpuan pemain badminton Malaysia beralih pula ke Terbuka Swiss 2026 yang bakal bermula esok.
Terbuka Swiss 2026 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang berstatus Super 300.
Walaupun berstatus Super 300, ia masih menarik penyertaan pasangan beregu wanita nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China serta dua bekas beregu lelaki nombor satu dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Dapat disaksikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merehatkan kesemua nama-nama besar di ranking teratas dunia yang beraksi di All England.

Sehubungan dengan itu, Justin Hoh menjadi sandaran dalam perseorangan lelaki manakala Lee Zii Jia pula terlebih dahulu perlu melalui pusingan kelayakan. K. Letshanaa dan Wong Ling Ching akan terus berada di undian utama.
Berikut merupakan barisan pemain negara yang beraksi dalam Terbuka Swiss 2026:

Wakil Malaysia Di Terbuka Swiss 2026
Perseorangan Lelaki
1) Justin Hoh
2) Lee Zii Jia – Kelayakan
Perseorangan Wanita
3) K. Letshanaa
4) Wong Ling Ching
Beregu Lelaki
5) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong
6) Kang Khai Xing-Aaron Tai
Beregu Wanita
7) Ong Xin Yee-Carmen Ting
Beregu Campuran
8) Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
9) Jimmy Wong-Lai Pei Jing
10) Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien