Saingan Indonesia Masters 2026 sudah membuka tirainya pagi tadi apabila dibuka dengan pusingan kelayakan dan seterusnya disusuli pusingan pertama.
Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) itu akan berlangsung di Istora Senayan, Jakarta hingga 25 Januari nanti.
Walaupun hadiah serta jumlah mata ranking ditawarkan tidak begitu lumayan seperti kejohanan Super 1000 dan 750 yang berlangsung sebelum ini, ia tidak menghalang penyertaan bintang-bintang ternama dunia.
Berbeza dengan kejohanan Terbuka Malaysia dan India dimana pemain diberikan wang tunai meskipun tewas seawal pusingan pertama, wang tunai akan diberikan bagi pemain yang beraksi di pusingan 16 (pusingan kedua) di Indonesia Masters.
Ini merupakan senarai lengkap hadiah yang tunai bakal dibawa pulang oleh para pemain dalam Indonesia Masters 2026:
Hadiah Keseluruhan Indonesia Masters 2026
$500,000 (RM2,027,612.73)
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,750 (RM7,096.45)
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,875 (RM7,603.34).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $3,000 (RM12,165.49) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,625 (RM14,697.95)
Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita akan menerima wang tunai bernilai $7,250 (RM29,396.67)
Manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula akan membawa pulang $7,000 (RM32,8382.26)
Naib Juara
Naib juara bagi kesemua acara akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $19,000 (RM77,038.90).
Juara
Juara perseorangan lelaki dan wanita akan membawa pulang $37,500 (RM152,055.70) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $39,500 (RM160,159.03).
*Nilai mengikut kadar tukaran semasa