Tumpuan pemain badminton ternama beralih ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 yang sudah bermula pagi tadi di Ningbo, China.
Mempunyai status sama seperti gred 2 kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), BAC 2026 menampilkan pemain-pemain terbaik benua Asia untuk memburu kejuaraan.
Seperti dilaporkan, kejohanan yang mempunyai sama seperti Super 1000 itu menampilkan pemain-pemain terbaik dunia seperti Kunlavut Vitidsarn, Shi Yu Qi, An Se Young, Wang Zhi Yi, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dan ramai lagi.
Selain itu, kejohanan ini turut menawarkan mata ranking tinggi dan hadiah wang tunai yang menarik.
Seperti kebiasaan, wang tunai tidak hanya diberikan kepada para pemenang tetapi semua pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Asia 2026 akan mendapat ‘saguhati’.
Hadiah Kejohanan Badminton Asia 2025
Hadiah Keseluruhan
$550,000 (RM2,220,208.91)
Tewas di pusingan pertama
Pemain yang perjalanannya terhenti seawal pusingan pertama (Pusingan 32) akan menerima $550 (RM2,220.40) bagi semua acara dipertandingkan.
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,650 (RM6,661.22).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,787.50 (RM7,216.59).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $3,025 (RM12,212.70) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,437.50 (RM13,878.07).
Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $7,700 (RM31,086.88).
Naib Juara
Naib juara bagi perseorangan lelaki dan wanita, mereka akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $18,700 (RM75,496.84).
Bagi kategori beregu lelaki, wanita dan campuran, mereka bakal menerima $19,250 (RM77,717.34).
Juara
Habuan lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $38,500 (RM155,434.34) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $40,700 (RM164,316.30).