Kejohanan Terbuka Australia 2025 sudah membuka tirainya sebentar tadi apabila dimulakan dengan pusingan kelayakan dan kemudiannya aksi pusingan pertama bakal menyusul.
Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu bakal menampilkan barisan pemain-pemain handalan dunia seperti Jonatan Christie, Kodai Naraoka, An Se Young, Ratchanok Intanon serta Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.
Baca Juga:
- Senarai Pemain Badminton Malaysia Sertai Terbuka Australia 2025

- Ketepikan Cabaran Hebat Naraoka, Zii Jia Juarai Terbuka Australia 2024

- Saranan Mendiang Bapa Rintis Karier Gemilang Rexy Mainaky Takluk Dunia Badminton

Saingan kali ini menyaksikan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah tidak turut serta kerana mereka dalam proses pemulihan dan bersiap sedia untuk menghadapi Sukan SEA di Bangkok dan BWF World Tour Finals.
Walaupun berstatus Super 500, namun kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai hampir RM2 juta.
Hadiah Keseluruhan Terbuka Australia 2025
$474,000 (RM1,983,704.85)
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,662.50 (RM6,943.76).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,781.25 (RM7,439.74).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $2,850.00 (RM11,903.57) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,443.75 (RM14,383.86).
Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, mereka menerima wang tunai bernilai $6,887.50 (RM28,767.73).
Pasangan beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal menerima hadiah bernilai $6,650.00 (RM27,775.74).
Naib Juara
Bagi pemain yang tewas pada perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $18,050 (RM75,391.30).
Juara
Habuan lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita Terbuka Australia 2025 apabila mereka akan membawa pulang $35,625.00 (RM148,785.34) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $37,525 (RM156,720.56).