Pemenang pingat emas dalam acara lempar lembing di temasya Sukan Olimpik 2024, Arshad Nadeem bakal menerima habuan lumayan selepas mengharumkan nama Pakistan di kejohanan besar itu.
Nadeem memenangi pingat emas dimana beliau mencatat jarak 92.97 meter yang turut memecahkan rekod atlet dari Norway, Andreas Thorkildsen untuk muncul sebagai juara.
Baca Juga:
- Jumlah Atlet Tak Sampai 10 Orang, Pakistan Raih Emas Pertama Olimpik Paris 2024
- Indonesia Kini Raih Dua Pingat Emas Di Sukan Olimpik Paris 2024
- Pasukan Asean Mahu Adakan Aksi Persahabatan Menentang Russia
Selepas temasya tamat, habuan mewah menanti Nadeem dimana pihak kerajaan memberikan habuan wang tunai sebanyak Rs153 Juta atau sekitar RM2.4 Juta. Selain itu, salah seorang ketua menteri negara itu turut memberikan ganjaran wang tunai sebanyak Rs100 Juta atau sekitar RM1.5 Juta kepada atlet itu.
Tidak cukup dengan itu, Datuk Bandar Punjab iaitu Sardar Saleem Haider memberikan hadiang sebanyak Rs1 Juta dan seorang gabenor turut memberikan hadiah wang tunau sebanyak Rs50 Juta.
Ahli perniagaan Pakistan-Amerika, Ali Sheikhani turut memberikan ganjaran kepada Nadeem berupa sebuah kereta jenama Alto. Selain itu, Arshad Nadeem bakal diberikan anugerah tertinggi Pakistan iaitu Hilal-i-Imtiaz atas pencapaian yang diraih beliau.
Namun, hadiah yang paling menarik perhatian ialah seekor kerbau yang diberikan oleh bapa mentua Nadeem sebagai satu penghargaan kepada anak menantunya itu.
Meskipun dilihat sebagai salah satu hadiah yang jarang kedengaran, namun kerbau merupakan satu simbol penghargaan tertinggi di kebanyakan kampung di Pakistan dan mempunyai nilai yang tinggi.
Muhammad Nawaz yang merupakan bapa mentua atlet itu memberitahu media tempatan hadiah yang diberikan setimpal dengan kerja keras dan sikap rendah diri yang selalu ditampilkan anak menantunya.
“Nadeem sangat berbangga dengan asal usulnya dan walaupun berjaya, rumahnya masih kekal rendah diri dan dia masih tinggal bersama ibu bapa dan adik-beradiknya.
“Apabila kami memutuskan untuk mengahwinkan anak perempuan kami dengan Nadeem enam tahun lalu, pada masa itu, dia melakukan kerja kecil di kampung tetapi sangat meminati sukannya dan sentiasa berlatih merejam lembing di rumah dan di padang.
“Setiap kali dia datang ke rumah kami dia tidak pernah merungut tentang apa-apa dan makan apa sahaja yang ada di rumah kami. Dua orang anaknya telah mula bersekolah di sekolah rendah tempatan di kampung itu manakala seorang anak lelaki masih kecil,” katanya.