Susulan heboh tentang layanan seorang pelancong dari China terhadap barista tempatan yang sangat teruk, kini netizen mula membongkar mana-mana salah laku mereka di media sosial.
Seorang netizen tempatan didakwa berjaya melondehkan satu tindakan vandalisme yang dilakukan oleh seorang pelancong lagi sewaktu mengunjungi Chew Jetty di Pulau Pinang.
Di dalam video yang disiarkan, dia terjumpa satu ruangan dihiasi dengan mural yang cantik di suatu jalan.
Wanita itu dengan sewenang-wenangnya ini menconteng binatang kebanggaan negaranya pada lukisan mural berkenaan.
“Saya secara diam melukis panda merah hari ini,” tulis pada kapsyennya.
Pada mulanya, pekerja di sekitar telah menghalangmya sebaik mengesan tindakan tersebut. Namun, dia masih berdegil dan tetap meneruskan melukis pada mural tersebut.
Dalam pada itu, dia juga bercerita betapa susahnya untuk melukis kerana ruang yang terhad tetapi dalam masa sama merasa bangga pelancong dari negara lain lalu lalang yang memberi perhatian kepadanya.
Boleh lihat video di sini.
Wanita itu kemudian memuat naik beberapa gambar yang memperlihatkan dia bersama hasil lukisan haramnya itu.
Susulan penularan video itu, warganet tempatan langsung mengecam tindakan wanita itu kerana percaya telah melakukan vandalisme malahan kelihatan bangga dengan perkara itu.

Ramai juga mempersoalkan sikap wanita itu yang hanya berani berbuat sedemikian di Malaysia sementara di Singapura pula pandai pula hanya melukis pada kanvas sendiri.