Sebagai rakyat Malaysia, kita sememangnya wajib menguasai bahasa Melayu kerana ia adalah bahasa kebangsaan dan digunakan di seluruh Malaysia.

Namun, ada pula segelintir individu tempatan sepertinya melupakan asal usul selepas melanjutkan pengajian atau bekerja di luar negara.

Baca Juga:

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok tempatan berkongsi perkara memalukan yang berlaku kepada dirinya sebagai pelajar selepas pulang dari United Kingdom.

bahasa melayu
Sumber Gambar: TikTok @itsss.hannahomg_

Salah satu daripadanya adalah kemahiran berbahasa Melayu semakin teruk dan terpaksa menggunakan aplikasi penterjemah Google hampir setiap masa untuk berkomunikasi.

Sumber Gambar: TikTok @itsss.hannahomg_

Perkongsian wanita itu sememangnya menarik perhatian netizen dan lebih mengejutkan lagi apabila wanita itu turut mendedahkan dia baru sahaja tinggal di UK selama setahun.

Lantas, ramai netizen menghujani ruangan komen dengan mengatakan wanita itu yang terlalu “beriya” kerana sudah melupakan bahasa ibunda walaupun baru tinggal dalam tempoh yang singkat di UK.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman mereka sendiri atau keluarga terdekat yang sudah lama mendiami di negara Barat itu pun masih fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, ada sebahagian netizen tetap memuji usaha wanita itu mahu memperbaiki isu kesukaran berinteraksi dalam bahasa Melayu itu kerana sudah berada di Malaysia.

Dalam pada itu, keluhan lain yang dibuat oleh wanita itu termasuklah sudah terbiasa dengan budaya British di mana rakyatnya lebih menepati masa, memiliki pengangkutan awam dan laluan penjalan kaki yang sistematik serta cuaca yang lebih sejuk.

Sumber