Seorang wanita berusia 23 tahun secara tidak sengaja diberi enam dos vaksin Pfizer BioNTech COVID-19. Dia kini dilaporkan sudah dibenarkan keluar dari hospital di mana dia sebelum ini ditahan untuk dipantau oleh para doktor.

Dalam laporan yang dikeluarkan oleh CNN, wanita terbabit sebelum ini telah diberikan vaksin di hospital Noa di Tuscany, Itali, pada hari Ahad, kata jurucakap hospital Daniella Gianelli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pesakit itu, yang “dalam keadaan sihat” tanpa sebarang situasi yang tidak diingini, dirawat di hospital dalam keadaan rapi selama 24 jam oleh para doktor sebelum dibenarkan untuk keluar ke hospital pada hari Isnin.

Difahamkan, seorang pekerja kesihatan secara tidak sengaja mengisi jarum suntikan dengan sebotol vaksin, yang mengandungi enam dos secara keseluruhan dan hanya menyedari kesalahannya sejurus selepas melihat lima jarum suntikan yang berada di atas meja masih kosong tidak berisi, lapor CTV News.

Wanita terbabit kini diletakkan dalam pemantauan pihak berkuasa dan walaupun  dia sudah dibenarkan untuk keluar daripada hospital, doktor akan terus memantau tindak balas imun pesakit terhadap enam dos vaksin tersebut.

Tambah Gianelli, siasatan kini sedang dilakukan oleh pihak berwajib ke atas kejadian ini dan percaya ia lebih kepada kesalahan seorang manusia yang tidak disengajakan.

Untuk rekod, wanita muda berusia 23 tahun diberi keutamaan untuk menyuntik vaksin sebelum orang lain adalah kerana dia adalah pekerja magang yang berkhidmat di jabatan psikologi hospital.

Kerajaan mungkin tidak mempunyai bekalan vaksin yang cukup, kata Khairy Jamaluddin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kerajaan Mungkin Tidak Mempunyai Bekalan Vaksin Yang Cukup, Kata Khairy Jamaluddin

Kos Tinggi Punca Kerajaan Negeri Tidak Rancang Beli Vaksin Untuk Rakyat Kelantan

Rakyat Singapura Diberi Kebebasan Pilih Vaksin COVID-19