Selama ini kami tertanya-tanya di mana dan bagaimana daging halal diperolehi di tempat yang majoriti penduduknya bukan muslim seperti di New York ini.
Atas sikap ingin tahu juga seorang jurnalis, Dawn O’Porter telah singgah ke gerai jalanan The Halal Guys yang terkenal di New York sebelum ke pusat Islam dan seterusnya melawat ke rumah sembelihan yang membekalkan daging halal untuk penduduk di sekitar kota metropolitan itu.
Di sana, Dawn telah diberi penerangan bahawa prosedur daging halal di tempat tersebut tidak terhad kepada proses sembelihan sahaja, malah ia juga termasuk menjaga haiwan berkenaan dengan baik sebelum ia disembelih.
Selepas lawatannya itu, Dawn merasakan bahawa orang ramai juga perlu tahu bagaimana bekalan daging (halal) diproses sebelum ia dimasak dan dihidangkan supaya mereka tidak membazirkannya begitu sahaja.
Ikuti pengalaman menarik Dawn di bawah.
p/s: Antara yang menarik perhatian kami, gerai jalanan di New York juga tidak terlepas dari diciplak. Heh.
Kalau belum like, jom like page The Vocket di Facebook