Memang tidak dinafikan umat Islam diwajibkan mendapat sumber makanan yang halalan toyibba bagi memelihara keberkatan di dalam kehidupan. Namun, tidak perlulah menuduh sesebuah kedai atau penjual menjual makanan yang syubhah tanpa sebarang asas.

Tular di media sosial berhubung sebuah video yang menunjukkan seorang individu berpewatakkan alim dan memakan serban telah mendakwa sukar mencari makanan yang halalan toyibban di Sabah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Individu dalam video tersebut menegaskan bahawa, mencari makanan yang halalan toyyiban bukanlah tugas yang mudah, terutamanya di kedai-kedai makan. Beliau juga menyarankan orang ramai untuk memasak sendiri di rumah sebagai alternatif terbaik.

Menurutnya lagi, kebanyakkan pekerja di kedai makan tidak menunaikan solat dan tidak menutup aurat. Bahkan, beliau mendakwa majoriti mereka tidak menggunakan produk yang halalan toyibban dan produk-produk itu pula dikilangkan daripada kilang pengeluar bukan Muslim.

Hal ini sekaligus menjadikan sukar untuk mencari makanan yang halalan toyyiba.

“Jadi sebab itu tuan-tuan, memang saya menggalakkan tuan-tuan untuk makan di rumah, masak sendiri pun tak pa. Sebab apa? Contoh kita nak pergi kedai, kita nak makan.

”Kebanyakkannya ramai pekerja yang tak solat buka aurat. Kebanyakkan mereka ini bukan menggunakan produk yang halalan toyyiba. Ataupun ada yang tanda halal tapi bila tak pergi ke arah toyibba itu, Allahuakbar.

“Mereka menggunakan produk-produk yang dikilangkan daripada bukan produk muslim. Sebab itu sukarnya untuk kita mencari makanan halalany toyyiba,” katanya dengan nada kecewa.

Tegasnya lagi, mencari makanan halalan toyyiba di Sabah adalah sukar. Dalam pada itu, beliau juga mengatakan kebanyakkan kedai makan menggunakan gula putih dan garam halus yang beliau anggap sebagai racun dan sihir kerana penggunaan teknologi dalam pembuatannya.

“Aku dekat Sabah ni. Uish! Susah susah tau nak cari makanan halalan toyibba. Kalau korang pergi makan, memang susah gila.

“Sebab apa sukar? Sebabnya mereka menggunakan gula. Kebanyakkan kedai mereka ini menggunakan gula putih, garam halus. Sebab ini adalah racun dan sihir. Sebab apa? Dia menggunakan teknologi.

“Gula putih dan garam halus ini, itulah yang membuatkan kita hari ini berpenyakit,” katanya.

Video berdurasi 5 minit itu telah menarik perhatian netizen yang mana ramai membidas kenyataan individu tersebut kerana melemparkan dakwaan sebegitu rupa kepada penyedai makanan di sana.

“Tak makan gula garam pun, kalau dah Allah S.W.T berkehendaki nak ada penyakit atau mati maka terjadi jugak la dua itu (kun fa ya kun). Garam gula tu jadi asbab je. Member paling tau orang kedai solat tak solat semacam kenal betul dengan seisi tuan kedai itu”, balas lanjut oleh seorang komentar berhubung dakwaan garam menjadi punca penyakit serta perihal ibadat seseorang.

“ Kau pergi Sabah lepas tu kau hina negeri orang tue. Lebih baik kau diam daripada kau bercakap,” kata seorang pengguna lain.

“Nie spesis yang kasi pecah masyarakat dan buat orang berpuak-puak,” luah seorang pengguna yang turut tidak senang dengan lontaran dakwaan itu.

Malah, ada yang menasihatkan beliau untuk mempelajari hukum-hakam sesuatu perkara dengan yang lebih arif serta tidak membuat andaian perihal ibadat seseorang dengan sewenang-wenangnya.