Kisah wanita yang berhenti kerja kerana bosan dan penat dengan banyaknya ‘group chatting’ pejabat telah mencetuskan perbincangan besar-besaran di kalangan netizen di China.

Tang Ying, seorang pereka di sebuah syarikat hartanah di Beijing, China telah bekerja selama empat tahun. Di pejabatnya, dia telah dimasukkan ke dalam lebih 600 ‘group chat’ kerja di WeChat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kisah Ying ini telah tular kerana keputusannya untuk meletak jawatan dan meninggalkan ratusan kumpulan WeChat. Proses untuk beliau meninggalkan kumpulan WeChat itu sendiri mengambil masa sehingga 3 jam.

Menurut laporan South China Morning Post, kisah Ying ini telah menarik perhatian lebih 160 juta netizen di Weibo, media sosial di China. Dia merasa tertekan dan tiada motivasi dengan pekerjaannya, walaupun gaji bulanannya sekitar 20,000 hingga 30,000 yuan.

Di syarikat tempat dia bekerja, Ying bertanggungjawab untuk menyelia reka bentuk dalaman beberapa hartanah komersial. Beliau berkata, tekanan menguruskan beberapa pusat membeli-belah telah memberi kesan negatif terhadap kesihatan mentalnya

“Saya tidak berani mematikan telefon kerana tidak mampu untuk mengabaikan mesej yang masuk, bimbang kalau nanti kehilangan maklumat penting,” kata Ying.

Menurut Ying, kumpulan WeChat biasanya dibuat apabila kedai baharu akan dibuka, dengan ahli terdiri daripada kakitangan pusat membeli-belah, pengurusan hartanah, kakitangan bomba, juruteknik penghawa dingin, pemilik kedai dan pekerja hiasan.

Dari satu kumpulan ke kumpulan lain, Ying sentiasa dihujani dengan pelbagai soalan berkaitan kerja sehingga membuatkan dia merasa seperti robot.

Berasa penat dan letih, Ying memutuskan untuk meletakkan jawatan dan pulang ke kampung halamannya di Sichuan.

Ying menjalani kehidupan di sebuah kampung 30 kilometer dari bandar Nanching. Dia juga memutuskan untuk memulakan perniagaan menjual sosej buatan sendiri dan daging awet dalam talian.

Sumber