Ada segelintir wanita Malaysia yang dilaporkan memalsukan surat cerai dan sijil kematian untuk berkahwin di Thailand.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata, kes ini telah dikesan sejak beberapa tahun lalu, dengan kebanyakan individu terbabit berasal dari Kelantan.

Baca Juga:

Wanita Malaysia Tipu Sijil Cerai, Kematian

Wanita Malaysia
Sumber Gambar: PP Signature

“Kami telah merekodkan banyak kes di mana wanita Malaysia menyerahkan dokumen palsu untuk memudahkan perkahwinan semula di selatan Thailand,” katanya.

Abdul Aziz turut menegaskan pihaknya memandang serius perkara ini dan akan  menghentikan serta-merta proses akad nikah jika berlaku sebarang penipuan.

Wanita Malaysia
Sumber Gambar: Facebook Tetuan HIKAM

Sebelum ini, Aziz turut mendedahkan ramai individu bergelar ‘Datuk’ yang menyembunyikan status mereka ketika berkahwin dengan pasangan baharu di Thailand.

“Sebelum ini, mereka yang bergelar ‘Datuk’ akan mendedahkan identiti mereka apabila mendaftar untuk berkahwin sama ada di pejabat kami di Narathiwat atau di pekan Sungai Golok.

Wanita Malaysia

“Namun, sejak 2022, selepas ia ditonjolkan dalam NST, mereka mula menyembunyikan identiti mereka.

“Kami percaya mereka tidak mahu orang ramai tahu mengenainya. Individu ini mengutamakan privasi mereka tetapi pegawai agama kami akan tetap mengetahui identiti mereka nanti,” katanya.