Dalam satu video TikTok yang tular dan disiarkan oleh pencipta kandungan Malaysia, Sam Wong, mendedahkan tentang gaya hidup mewah seorang wanita muda yang mengaku bekerja sebagai ‘Sugar Baby‘.

Video itu memaparkan temu bual jalanan yang dibuat secara rawak di mana wanita itu dengan jujur mendedahkan nilai keseluruhan pakaiannya yang berharga RM176,000.

Baca Juga:

Berpakaian dengan penuh bergaya dari skirt dan sepasang but, wanita itu tanpa segan silu memberitahu bahawa kos setiap pakaiannya, daripada skirt yang kelihatan sederhana yang dibeli dari Thailand pada harga RM80 hinggalah barangan aksesori yang mewah.

Antara barangan menonjol ialah sepasang cermin mata hitam bernilai RM2,000, cincin bernilai RM8,500, jam tangan berharga RM36,000, dan beg tangan berjumlah RM51,000. Perhiasan mewah ini menyumbang kepada nilai keseluruhan pakaiannya tinggi

Walau bagaimanapun, apa yang benar-benar menarik perhatian penonton ialah pendedahan wanita itu tentang pekerjaannya sebagai ‘sugar baby’.

Dalam masyarakat Malaysia, perbincangan mengenai hubungan yang tidak konvensional ini sering mendapat tentangan, bagaimanapun pengakuan wanita ini jelas telah menarik perhatian umum.

Wanita ini mendedahkan bahawa dia menerima elaun bulanan yang besar daripada ‘sugar daddy’, dengan bayaran tertinggi iaitu RM15,000.

Walaupun terdapat stigma masyarakat yang menyelubungi hubungan seperti ini, dia menyatakan bahawa beliau berpuas hati dengan pilihan hidupnya sambil memberi sebab utama mengapa beliau melakukan perkara tersebut adalah bagi memastikan kewangan yang stabil serta gaya hidup yang mewah.

Wanita ini turut mengaku bahawa lingkungan sosialnya iaitu rakan-rakannya menyedari gaya hidupnya.

Ketika disoal adakah dia akan mencari teman lelaki pada masa akan datang, dia meletakkan syarat bahawa bakal pasangannya sekurang-kurangnya mempunyai RM20,000 sebulan.

Sumber