Seorang wanita di China mengamuk selepas dikenakan bayaran RM8,500 untuk keretanya yang parkir selama 40 menit. Dia bertambah berang selepas proses pengembalian wang tersebut memakan waktu lama.
Menurut laporan Autopro, peristiwa itu terjadj selepas wanita bernama Zhou berbelanja di sebuah pusat beli belah dan memarkirkan keretanya di sebuah lokasi parkir khusus, Changning International Parking Lot.
Baca Juga:
Setelah selesai berbelanja dan mahu pulang, Zhou terkejut apabila menerima notifikasi pembayaran digital di telefonnya yang memaklumkan bahawa dia dikenakan bayaran sebanyak 13.120 Yuan atau sekitar RM8,5000.
“Padahal untuk satu jam parkir di gedung itu hanya mencapai 10 Yuan per jam,” sebut Autopro.
Sedar ada sesuatu yang tidak kena, Zhou memutuskan untuk kembali tempat dia meletakkan kenderaannya. Dia segera memberitahu masalah yang dialaminya kepada kakitangan yang bertugas ketika itu.
Nasib Zhou baik kerana pegawai yang bertugas sangat memberi kerjasama. Mereka kemudiannya melihat rakaman CCTV untuk menentukan berapa lama Zhou meletakkan kenderaannya.
Ternyata selepas diperiksa melalui CCTV, kereta Zhou hanya diparkir selama 40 minit.
Pegawai itu kemudiannya mengesahkan bahawa kesilapan telah berlaku pada mesin mengimbas nombor plat kereta menyebabkan bayaran parkir lebih mahal. Dia juga memberi jaminan kepada Zhou bahawa wangnya akan dikembalikan.
Masalahnya, untuk mendapatkan wang tersebut, Zhou perlu menunggu lebih lama.
“Pengurus bangunan tempat letak kereta perlu terlebih dahulu menjalankan proses yang panjang supaya wang itu dikembalikan,” jelas Autopro.
Walaupun berang dengan proses yang lama, tiada apa yang boleh dilakukan okeh Zhou melainkan menunggu wangnya dikembalikan.