Pada hari semalam tular satu klip video menunjukkan satu klip video pendek seorang lelaki dibelasah sekumpulan pekerja restoran makanan segera.

Sehubungan itu, polis telah menahan lima lelaki termasuk seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah restoran makanan segera dekat Jalan Bukit Bintang, petik Berita Harian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya ada menerima satu laporan berkaitan rakaman video yang tular itu pada jam 11.50 pagi, semalam.

Katanya, semakan mendapati rakaman video yang dimuat menerusi akaun di platform X.com itu, memaparkan pergaduhan di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Bukit Bintang.

“Pergaduhan didapati berlaku kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, membabitkan empat pekerja restoran itu dengan seorang lelaki warga asing yang didakwa mengganggu seorang pengurus wanita di situ.

“Berikutan itu, polis menahan lima individu terdiri daripada empat lelaki tempatan kesemuanya berusia 20 tahun dan seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Dellhan berkata, empat suspek warga tempatan direman sehari hari ini, manakala suspek warga asing direman empat hari bermula hari ini sehingga 9 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Terdahulu seorang pengguna X.com mendedahkan warga asing tersebut cukup terkenal di kawasan Bukit Bintang dan pernah dimasukkan ke dalam penjara.

Pada masa sama, lelaki warga asing itu pernah mengugut bunuh rakan sekerjanya selepas kena rejected dan tidak dilayan apabila sering kali datang ke tempat kerja wanita itu untuk mengintai.