Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat warga asing semakin bermaharajalela dalam meniagakan barangan mereka di jalanan.

Terbaharu, tular mengenai seorang warga asing menerusi perkongsian video TikTok @kamalbachaibrahim yang menjual belon di mana mereka akan memberikan belon terlebih dahulu kepada anak-anak sebelum meminta wang kepada ibu bapanya.

Dalam pada itu, situasi menjadi lebih serius apabila terdapat warga asing yang memilih untuk berniaga dengan penuh provokasi selepas melabel ibu bapa yang tidak membeli belon buat anak sebagai tidak sayang anak.

@kamalbachaibrahim

#icity #wargaasingbuathal #wargaasing #fyp #viralkini #kesapahariini

♬ bunyi asal – Kamal Bacha Ibrahim – Kamal Bacha Ibrahim

Lelak ini difahamkan telah menyuruh anaknya memberi semula belon tersebut kepada penjual warga asing tersebut serta memaklumkan perniagaan yang diusahakan sangat tidak beretika.

Menerusi perkongsian yang dibuat, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dilakukan lelaki ini. Malah terdapat netizen yang akui pernah ‘terjerat’ dengan modus operandi warga asing ini di mana beliau pernah membeli belon dengan harga mencecah RM10.

Sementara itu, terdapat netizen berpendapat pihak penguasa perlu membeli perhatian terhadap penjualan yang dibuat pihak warga asing di i-CITY Shah Alam ini.