Baru-baru ini tular di media sosial tentang sebuah video yang memaparkan seorang individu dipercayai warga asing telah menjaja makanan di tepi jalan di Kuala Lumpur.

Dapat dilihat dalam video itu, peniaga warga asing itu sedang membungkus makanan sambil dikeliling oleh pelanggan-pelanggannya.

Melihatkan video tersebut, ada netizen yang turut menyamakan peniaga itu dengan sikap penjaja makanan jalanan di negara India.

Dalam video itu juga, dapat dilihat peniaga itu menggunakan sebuah troli pasar raya untuk meletakkan barang-barang jualannya.

Difahamkan, penjaja makanan itu telah berniaga di Jalan Hang Tuah, berhampiran Masjid Al-Bukhary pada setiap Jumaat, menerusi laporan Sinar Harian.

Penularan video itu ternyata mengundang reaksi sejumlah pengguna media sosial yang kurang senang akan kelemahan sistem penguatkuasaan.

Bukan itu sahaja, mereka dilihat seolah terlepas pandang terhadap aktiviti penjajaan tersebut yang didakwa telah beroperasi sejak sekian lama. Bahkan, ada yang berpendapat warga asing cuba membawa budaya “Mumbai” ke dalam negara.

Sumber Gambar: X @malaysiaviral
Sumber Gambar: X @malaysiaviral

Malah, ramai juga risau jika kalau ada yang keracunan makanan kerana penyediaan makanan yang tidak menepati tahap kebersihan yang sepatutnya. Apa-apa pun, kita bakal tunggu respon daripada pihak berkuasa mengenai isu ini.