Belum reda kemarahan orang ramai terhadap video warga asing meniaga ala Mumbai, tular satu lagi video baharu.
Menerusi hantaran X.com @update11111, sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan ‘tukang masak’ yang sedang menyiapkan order pelanggan.
Baca Juga:
- Warga Asing Jual Makanan Di Tepi Jalan Ala Mumbai, Netizen Persoal Mana Penguat Kuasa
- Rakyat Malaysia Simpati Kedai Warga Asing Kena Sita Dengan Majlis Bandaraya
- Lelaki Mengaku Warga Asing Dari Kerala Ini Hina Bangsa Melayu Sebagai Pemalas Dan Murahan
Mereka menjadikan laluan berwarna biru, laluan khas untuk basikal sebagai tapak mereka meniaga.
Laluan biru tu di buat utk penjaja warga asing ke? hebat sungguh warga asing skrg ni di bagi ruang utk berniaga…mantul pic.twitter.com/fIrXMSwtRi
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) April 24, 2024
Perkongaian video itu mengundang rasa kurang senang netizen.
Ramai merasakan warga asing semakin ‘besar kepala’ sampai menyalahgunakan pas kerja mereka untuk buat ‘bisnes tepi’ dengan menjalankan perniagaan.



Tambah netizen lagi, sepatutnya warga asing yang datang ke Malaysia yang perlu mengikut budaya di sini. Bukan bawa budaya mereka dan semai di Malaysia.
Netizen berharap pihak berkuasa dapat proaktif membanteras warga asing yang meniaga merata-rata sekitar ibu kota.