Belum reda kemarahan orang ramai terhadap video warga asing meniaga ala Mumbai, tular satu lagi video baharu.

Menerusi hantaran X.com @update11111, sekumpulan warga asing berkumpul di hadapan ‘tukang masak’ yang sedang menyiapkan order pelanggan.

Baca Juga:

Mereka menjadikan laluan berwarna biru, laluan khas untuk basikal sebagai tapak mereka meniaga.

Perkongaian video itu mengundang rasa kurang senang netizen.

Ramai merasakan warga asing semakin ‘besar kepala’ sampai menyalahgunakan pas kerja mereka untuk buat ‘bisnes tepi’ dengan menjalankan perniagaan.

Sumber Gambar: X.com @update11111
Sumber Gambar: X.com @update11111
Sumber Gambar: X.com @update11111

Tambah netizen lagi, sepatutnya warga asing yang datang ke Malaysia yang perlu mengikut budaya di sini. Bukan bawa budaya mereka dan semai di Malaysia.

Netizen berharap pihak berkuasa dapat proaktif membanteras warga asing yang meniaga merata-rata sekitar ibu kota.