Warner Music Malaysia dituduh menindas pengkiat seni tempatan apabila mengambil lagu mereka tanpa kebenaran.

Ini selepas, sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Teman Lelaki dan Ainina Hasnul bertajuk Tentang Siang, Malam dan Romantis dilaporkan telah diambil oleh Warner Music Malaysia untuk artis baharu mereka yang terkenal di TikTok Ki.Misri atau Amir.

Baca Juga:

Perkara ini diluahkan sendiri oleh kumpulan Teman Lelaki dan Ainina Hasnul yang bertanggungjawab mengeluarkan lagu yang kini popular di kalangan anak muda yang bermain TikTok.

Di dalam perkongsian mereka, Teman Lelaki dengan jelas kurang senang di atas tindakan Warner yang mengambil lagu mereka tanpa kebenaran.

“Begini kah tingkat agensi besar yang dikatakan professional?

“Ambil karya pihak lain tanpa izin tuan badan, tanpa sebarang hitam putih. @warnermusicmalaysia

“MINTA IZIN, MINTA IZIN, MINTA IZIN DAHULU.

“Adab tetap mendahului ilmu,” kata Teman Lelaki dalam laman Instagram peribadi mereka.

Manakala Ainina Hasnul pula mendakwa bahawa lagu ini sudah didaftarkan dan beliau tidak mahu wang yang ditawarkan Warner untuk mengubah lagu ini.

“Saya masih ingat kata-kata saya apabila perkara ini dibincangkan; Saya tidak kisah berapa banyak wang yang ditawarkan oleh Warner, saya tidak bersetuju. Saya di sini bukan untuk wang.

“Adakah ini realiti industri muzik kita? Menunggu penjelasan,” katanya.

Tindakan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial dengan kesemua mereka meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Warner Music Malaysia.

Pihak The Vocket sudah cuba menghubungi wakil Warner Music Malaysia untuk mendapatkan maklum balas, tetapi setakat laporan ini diterbitkan, masih tiada apa-apa kenyataan balas oleh Warner.

Selain itu, melalu pemerhatian The Vocket, boleh jadi perkara ini hanya salah faham.

Melalui perkongsian di Instagram mereka, Amir seolah-oleh Seperti mempunyai lagu ciptaannya sendiri dan tindakan Warner menggunakan lagu Teman Lelaki dan Ainina Hasnul hanyalah untuk tujuan promosi kerana Amir terkenal di TikTok hasil daripada nyanyian ‘tenang, ribut jiwa.’