Enzo Maresca ternyata hilang kata kata apabila baru mendapat tahu bahawa lawan mereka, Fluminese ternyata bermain lebih banyak perlawanan daripada pasukannya.

Enzo Maresca anggap pasukan Eropah paling jadi mangsa jadual padat

Enzo Maresca sekali lagi mengkritik format penganjuran Piala Dunia Kelab yang baharu oleh FIFA.

Menurutnya, format tersebut telah membuatkan kelab kelab Eropah seperti Chelsea bermain terlalu banyak perlawanan, tanpa rehat yang secukupnya menjelang musim baharu.

Chelsea sebelum ini beraksi di final Piala Persidangan Eropah beberapa minggu lalu sebelum bertandang ke Amerika Syarikat untuk aksi Piala Dunia Kelab.

Oleh sebab itu Maresca membandingkan pasukan pasukan dari benua lain dengan dari benua Eropah. Kerana menurutnya pasukan pasukan Eropah ini beraksi kira kira 60 perlawanan semusim kerana format Piala Dunia Kelab yang baharu ini.

Enzo Maresca berkata: “Bagi saya secara peribadi, ia bukanlah kejohanan yang tidak penting, tetapi kami , pasukan dari Eropah datang ke kejohanan itu dalam dua situasi yang sangat berbeza.

“Kami juga bersemangat mahu memenangi kejohanan ini, sama seperti pasukan kamu. Namun perbezaannya adalah keadaan.

“Berapa banyak perlawanan rasmi telah dimainkan oleh pasukan Brazil musim ini? Kami telah bermain 63,” kata Maresca semasa sidang akhbar Isnin.

Enzo Maresca silap

Malangnya, Enzo Maresca kali ini silap. Sebenarnya pasukan dari negara lain lebih banyak perlawanan berbanding dengan kontinjen Eropah termasuk Chelsea.

Wartawan Brazil, kemudian menyedarkan Maresca bahawa pasukan dari Brazil, Fluminese telah bermain lebih 70 perlawanan musim ini. Jauh lebih tinggi daripada Chelsea – dalam tempoh yang sama.

Wartawan Brazil berkata: “Pasukan kami bermain lebih 70 perlawanan pada temph yangg sama. Itu lebih banyak daripada kamu.”

Maresca terkedu dan hanya mampu tersenyum kepada wartawan. Ternyata dia agak kesal kerana tidak menyemak fakta terlebih dahulu ketika menganggap pasukan lawannya, Fluminese mungkin lebih segar atau lebih cergas kerana beraksi kurang perlawanan berbanding The Blues.

Menurut laman statistik Sofascore, kelab kelab Brazil yang bersaing dalam Piala Dunia Kelab 2025, kesemuanya sudah beraksi lebih 70 perlawanan. Flamengo paling banyak perlawanan dengan 78 perlawanan setakat ini. Sementara Chelsea sebenarnya beraksi kurang 60 perlawanan.

Tiada pasukan Eropah yang berada dalam 5 teratas untuk aksi terbanyak sejak musim bermula sehingga ke Piala Dunia Kelab 2025.

Kelab Mesir, Al Ahly (73 perlawanan) malah beraksi lebih banyak perlawanan daripada mana mana kelab Eropah di Piala Dunia Kelab 2025.

Wartawan Brazil Buat Enzo Maresca Terkedu Dengan Fakta Ini