Pengurus Chelsea,  Enzo Maresca tidak berpuas hati dengan gol Bruno Fernandes yang menurutnya tidak sah kerana pemain itu ofsaid.

Bruno Fernandes dan rakan rakannya menunggu beberapa minit untuk VAR mengesahkan golnya. Dan VAR memberikan gol kepada  Bruno Fernandes, yang merupakan gol ke-100-nya bersama Man United.

Tidak lama selepas itu Casemiro mencetak gol kedua. Chelsea membalas dengan 1 gol pada separuh masa kedua menerusi Chalobah.

Selepas tamat perlawanan, Enzo Maresca mengesahkan dia sudah melihat semula gol itu, dan menurutnya gol Bruno Fernandes adalah tidak ‘clean’ kerana pemain itu ofsaid.

Namun Enzo Maresca menegaskan bahawa gol kontroversi seperti itu sebahagian daripada bola sepak. Cuma dia tidak berpuas hati dengan tindakan Robert Sanchez yang mengutip kad merah pada awal perlawanan.

Kerana menurut Maresca, Sanchez harus biarkan sahaja Mbeumo menjaringkan gol dalam kedaan perlawanan masih awal.

“Saya baru sahaja melihat semula gol itu di televisyen. Dan ianya ofsaid. Namun mereka memutuskan ianya tidak ofsaid, walaupun mungkin mereka juga yakin bahawa itu ofsaid.

“Sudah tentunya, gol seperti itu sebahagian daripada bola sepak. Cuma yang bukan sebahagian daripada perlawanan bola sepak adalah kad merah kami itu. Yang mengubah perlawanan ini sepenuhnya.

“Kami patut tidak bolos 2 gol yang kami boleh elakkan. Terutama sekali kad merah selepas 5 minit. Bermain di tempat lawan, Old Trafford, ianya  sukar untuk mana mana pasukan.

“Kemudian mereka pun dapat kad merah, perlawanan jadi 10 lawan 10, kami menguasai perlawanan. Namun ianya perlawanan berbeza pada 10 lawan 10.”

Bercakap lebih lanjut tentang kad merah Robert Sanchez, Enzo  Maresca berkata: “Lebih baik biarkan Mbeumo menjaringkan gol daripada mendapat kad merah. Kami ada 85 minit lagi untuk dimainkan.

“Robert Sanchez pun tahu perkara itu. Ianya sukar, jika kamu tanya saya. Saya lebih memilih ketinggalan 1 gol pada 5 minit pertama, berbanding kehilangan seorang pemain.