Setelah beberapa diperkenalkan versi beta, WhatsApp kini mengumumkan salah satu ciri yang dinantikan ramai iaitu sokongan multi-telefon untuk sesebuah akaun.

Dengan pengenalan ciri baharu ini, ia membolehkan pengguna menggunakan satu akaun WhatsApp yang sama pada lebih dari satu telefon termasuk sama ada pada Android atau iPhone.

Baca Juga:

Sumber Gambar: WhatsApp

Buat masa ini, sokongan ini membolehkan pengguna menggunakan akaun WhatsApp sama pada sehingga empat peranti pada sesuatu masa yang sama.

Anda perlu mengetahui jika peranti utama tidak aktif untuk tempoh yang lama, WhatsApp akan melakukan log keluar secara automatik daripada semua peranti yang dipautkan.

WhatsApp mengatakan ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia. Untuk menggunakan akaun WhatsApp pada telefon lain, anda boleh melakukannya dengan mengimbas kod QR pada telefon utama.

Sumber