Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan penambahan ciri perkongsian skrin ketika panggilan video . Dengan ini, ia membuka peluang kepada WhatsApp untuk berfungsi sebagai platform telesidang alternatif seperti Google Meet dan Zoom.
Menerusi ciri perkongsian skrin ini, pengguna boleh berkongsi paparan fail perbentangan bersama pemanggil yang lain kemudian boleh dibentangkan dan dibincanglan secara langsung.
Baca Juga:
- WhatsApp Kini Benarkan Pengguna Paut Satu Akaun Pada Empat Peranti Sekaligus
- Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Tambah Lokasi Baharu Dalam ‘WhatsApp Location’ Anda
- Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Untuk Cari Mesej Di WhatsApp Berdasarkan Tarikh Di iPhone

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memulakan panggilan video dan seterusnya tekan pada butang khusus yang disediakan untuk memulakan perkongsian skrin.
Oh ya, anda perlu mengemas kini versi terkini untuk aplikasi WhatsApp terlebih dahulu sebelum boleh mencubanya.