Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan penambahan ciri perkongsian skrin ketika panggilan video . Dengan ini, ia membuka peluang kepada WhatsApp untuk berfungsi sebagai platform telesidang alternatif seperti Google Meet dan Zoom.

Menerusi ciri perkongsian skrin ini, pengguna boleh berkongsi paparan fail perbentangan bersama pemanggil yang lain kemudian boleh dibentangkan dan dibincanglan secara langsung.

Baca Juga:

Sumber Gambar: WhatsApp

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memulakan panggilan video dan seterusnya tekan pada butang khusus yang disediakan untuk memulakan perkongsian skrin.

Oh ya, anda perlu mengemas kini versi terkini untuk aplikasi WhatsApp terlebih dahulu sebelum boleh mencubanya.

Sumber