Pemanis tiruan popular yang digunakan dalam beribu-ribu produk di seluruh dunia termasuk Diet Coke, ais krim dan gula-gula getah akan diisytiharkan sebagai kemungkinan risiko kanser (karsinogenik) kepada manusia, menurut laporan.
Cabang penyelidikan kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), telah menjalankan semakan keselamatan aspartame dan akan menerbitkan laporan pada bulan depan.
Baca Juga:
- WHO Dakwa Bakal Ada Pandemik Di Masa Hadapan, Rayu Semua Negara Lebih Bersedia
- WHO Umum COVID-19 Bukan Lagi Kecemasan Kesihatan Global
- WHO Beri Amaran Wabak Cacar Monyet Makin Mengganas, Bakal Jadi Ancaman Kesihatan Global?
‘Mereka sedang bersedia untuk melabelkan pemanis itu sebagai ‘berkemungkinan karsinogenik kepada manusia’, petik laporan The Guardian.
Ini bermakna terdapat beberapa bukti yang mengaitkan aspartame dengan kanser, tetapi ia terhad. IARC mempunyai dua kategori yang lebih serius; ‘mungkin berbahaya kepada manusia’ dan ‘berbahaya kepada manusia’.
Kajian keselamatan IARC telah dijalankan untuk menilai sama ada aspartame berpotensi bahaya atau tidak, berdasarkan semua bukti yang diterbitkan. Walaubagaimanapun, ia tidak mengambil kira berapa banyak produk yang boleh digunakan oleh seseorang dengan selamat.
Nasihat itu datang daripada Jawatankuasa Pakar Bersama WHO dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian mengenai Bahan Tambahan Makanan (JECFA), yang juga telah mengkaji penggunaan aspartame tahun ini.
Ia dijangka mengumumkan penemuannya pada hari yang sama IARC mengumumkan keputusannya kepada umum, pada 14 Julai nanti.