Gelombang kedua atau ketiga pandemi Covid-19 masih berterusan di banyak negara. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta semua pihak untuk menyedari bahawa saat ini vaksin masih dikembangkan.

Pengarah WHO Michael Ryan mengatakan bahawa pengembangan vaksin sememangnya berada pada tahap yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, norma baharu seperti penjarakan sosial dan memakai pelitup muka masih wajib diteruskan.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

“Saya rasa 4-6 bulan ke depan, hingga kita dapat memperoleh kemajuan yang memberangsangkan dari vaksin,” kata Ryan seperti yang dilaporkan oleh France 24.

Dia turut mengingatkan bahawa masih banyak negara yang masih terkesan dengan wabak ini. Vaksin, menurut Ryan, masih belum menunjukkan tanda-tanda yang ianya boleh digunakan dalam masa terdekat.

“Banyak negara mengalami gelombang pandemi, pandemi ini harus dihadapi tanpa vaksin,” katanya.

Sebelum ini, Pfizeq mengatakan bahawa vaksin ciptaan mereka sudah 95 peratus siap. Sementara itu, syarikat AS, Moderna pula mengatakan calon vaksinnya sudah siap 94.5 peratus.

Namun Ryan mengingatkan bahawa vaksin bukanlah penghujungnya. Walaupun ada vaksin, Covid-19 tidak hilang secara automatik.

“Sekiranya kita mendapat vaksin dan melupakan yang lain. Covid tidak akan segera hilang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today.

Terdahulu, Pfizer menyatakan bahawa mereka berjaya menghasilkan vaksin dengan 90% keberkesanan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Syarikat Dari Amerika Syarikat, Pfizer Berjaya Hasilkan Vaksin Dengan 90% Keberkesanan

‘Tidak Mahu Dan Sila Cucuk Menteri Dahulu’- KJ Kongsi Gelagat Netizen Facebook Tidak Percaya Vaksin

Vaksin COVID-19 Yang Ditawarkan Kepada Malaysia Berharga RM87.60 Sebotol