Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso dikatakan sedang berusaha keras untuk mendapatkan pemain tengah kreatif baharu selepas Dani Ceballos dikatakan semakin hampir untuk meninggalkan Los Blancos.

Tambahan pula, jentera tengah Real Madrid pada ketika ini memang berada dalam keadaan bermasalah selepas pemergian Luka Modric dan Jude Bellingham dan Eduardo Camavinga mengalami kecederaan.

Baca Juga:

Keadaan itu membuatkan nama pemain tengah Crystal Palace, Adam Wharton dikatakan berada dalam radar Xabi Alonso.

Nama Wharton sudah beberapa kali dikaitkan dengan Madrid dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, namun bukanlah secara serius

Krisis Jentera Tengah Real Madrid Kian Memuncak, Xabi Alonso Buru Bintang Crystal Palace
Nottingham Forest’s Scottish midfielder #08 Elliot Anderson fouls Crystal Palace’s English midfielder #20 Adam Wharton during the English Premier League football match between Crystal Palace and Nottingham Forest at Selhurst Park in south London on August 24, 2025. (Photo by Ben STANSALL / AFP)

Xabi Alonso Mahukan Adam Wharton

Tetapi kali ini dengan masalah kekurangan pemain tengah, Alonso dikatakan berminat untuk membawa Adam Wharton ke Bernabeu.

Hakikat tersebut diperkuatkan lagi dengan nama Wharton sudah terpampang di muka hadapan akhbar-akhbar Sepanyol menunjukkan Real Madrid benar-benar berminat dengan bintang Palace itu.

Alonso kini giat memburu pemain tengah baharu yang mampu memberikan kestabilan taktikal serta kepelbagaian pilihan kepada pasukan.

Namun terdapat masalah yang bakal menghalang usaha tersebut kerana menurut sumber laporan AS, Crystal Palace meletakkan tanda harga bernilai £69 juta sekiranya mana-mana pasukan mahu mendapatkan khidmat Wharton.

Hal ini kerana kontrak pemain berusia 21 tahun itu di Selhurst Park hanya akan tamat pada 2029.

 

Sumber