Selepas mendapat kecaman dari ramai pihak, Terengganu FC telah mencapai kata sepakat dengan salah satu penaja iaitu XFOX Market Holdings untuk menamatkan penajaan.
Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana tindakan kelab yang menerima tajaan dari XFOX mendapat kecaman selepas syarikat itu berada dalam senarai pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) ekoran beberapa isu berkaitan pelaburan.
“Pihak Terengganu FC bersedia untuk bekerjasama dengan pihak XFOX Market Holdings Sdn Bhd setelah melihat dan menyaksikan sendiri operasi perjalanan syarikat khususnya XFOX Arena di Subang Bestari yang menyediakan Padang Bolasepak Sintetik yang dilihat bersesuaian dengan perjalanan Terengganu sebagai sebuah kelab bolasepak.
πππππππππ πππππ ππππππππππ π π | ππ πππ ππππ
Baca selanjutnya di ‡οΈβ€΅οΈβ€΅οΈ https://t.co/gLDAGyte5b#TerengganuFC #WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/INkgUIWWyP
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) June 11, 2024
“Selain itu, pelbagai lagi perniagaan yang dijalankan oleh pihak XFOX Market Holdings Sdn Bhd. Walaubagaimanapun, kerjasama ini dipandang dari sudut yang berbeza oleh pelbagai pihak. Malah Terengganu juga mendapat simpati daripada pihak penaja dengan suasana ini.
“Demi keharmonian kelab, dan mengambil kira suara penyokong yang merupakan tulang belakang pasukan, pihak Terengganu telah melakukan perbincangan dengan pihak XFOX Market Holdings Sdn Bhd untuk melihat kaedah terbaik penyelesaian isu ini.
“Atas persefahaman bersama, pihak Terengganu dan XFOX Market Holdings Sdn Bhd bersedia untuk membubarkan kembali perjanjian penajaan ini tanpa sebarang tuntutan antara kedua pihak. Tindakan ini lebih kepada melihat aspek keharmonian kelab untuk mengharungi pelbagai lagi cabaran mendatang. Pihak Terengganu akan memulangkan kembali bayaran penajaan pihak syarikat penaja sebanyak RM 1.5 juta yang telah selesai dilunaskan.
“Bagi pihak Terengganu, kami merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama singkat bersama pihak XFOX Market Holdings Sdn Bhd.
Sementara itu, dalam tempoh yang masih berbaki, pihak kelab akan terus berusaha untuk mendapatkan penaja bagi AFF Shopee Cup 2024,” dipetik dari kenyataan pihak kelab.