Siapa sangka motosikal enjin dua lejang yang dahulunya yang menjadi pilihan mat moto serta hadir dengan harga mampu milik kini dijual dengan harga setanding sebuah kereta keluaran Jepun.

Semuanya hanya disebabkan minat menandingi segalanya. Begitu juga dengan kondisi dan status rare sesebuah motosikal yang membuatkan para peminat tidak kisah untuk membelanjakan puluhan ribu demi mendapatkan motosikal idaman mereka dalam kondisi yang baik.

Jika sebelum ini pernah tular isu RX-Z yang terjual dengan harga RM70,000, pada kali ini giliran Yamaha 125zr edisi Go! yang dibeli dengan harga RM6,617.76 pada tahun 2003 pula telah dijual pada harga RM85,000 kepada seorang peminat dari Vietnam.

118301501_2805654252868944_362669296117339368_o
Sumber: Chuong nguyen

Mengulas mengenai proses penjualan, Mohamad Azehar Mat Siam selaku penjual motosikal ini akui terkejut apabila terdapat pihak yang sanggup membayar harga yang tinggi.

Beliau pada mulanya sengaja meletak harga yang tidak masuk akal iaitu RM85,000 agar Chuong yang berasal dari Vietnam tidak membelinya. Namun, lain ceritanya apabila Chuong terus bersetuju lantas memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000 sebelum datang ke rumah melihat motosikal dan membayar keseluruhan baki sebanyak RM55,000.

Bukan itu sahaja, Chuong turut mendapatkan beberapa alat ganti Yamaha 125zr Go! original yang terdiri daripada tayar dan cover set keluaran khas model ini bernilai RM5,000.

118396835_2805845879516448_3213885937211268737_o
Sumber: Chuong nguyen
117771775_2805843299516706_1369263341035525923_o
Sumber: Chuong nguyen
118389785_2805843859516650_2583659371779884160_o
Sumber: Chuong nguyen
118516363_2805844506183252_2110936417498508051_o
Sumber: Chuong nguyen

Apa yang membuatkan model ini sanggup didapatkan dengan harga yang tinggi sudah pasti disebabkan kondisinya yang masih belum didaftarkan malah belum pernah ditunggang.

Untuk pengetahuan, Yamaha 125zr Go! edisi pelumba pelumba MotoGp, Valentino Rossi ini pernah dikeluarkan pada tahun 2003. Namun pastinya tidak ramai yang menyangka harga bagi motosikal ini mampu melonjak sehingga RM85,000 pada masa ini. Sememangya semua harga yang tinggi buat sebuah Yamaha 125zr namun buat para peminat harga yang tinggi bukanlah penghalang.

Pada bulan Mei lalu tular apabila seorang pemuda dikecam selepas mengiklankan motosikal RX-Z dengan harga mencecah RM70,000.

Pemuda Ini Dikecam Selepas Iklankan Motosikal RX-Z Dengan Harga Mencecah RM70,000

Jelajah Seluruh Negara Cari Alat Ganti, Pemuda Ini Buka Mulut Cabaran Bina Semula RX-Z RM70,000

Dianggap ‘Rare’, Honda Civic Ini Telah Dijual Dengan Harga RM213,525

Sumber