Yana Samsudin kecewa dengan netizen yang memetik nama suaminya Fadzil Zahari berkaitan kes seorang pelawak ditahan di Jeddah kerana kes dadah.
Hal ini kerana dia dan suaminya sekeluarga mengerjakan ibadah di Tanah Suci Makkah pada Disember. Mereka sekeluarga dijemput oleh kedutaan Arab Saudi untuk melakukan umrah dan ziarah beberapa tempat menari di tanah suci.
Yana menganggap dakwaan itu sebagai dugaan dia sekeluarga. Dipetik daripada sumber Harian Metro, Yana Samsudin berkata:
“Saya anggap (tuduhan) ini sebagai satu dugaan untuk kami sekeluarga yang sedang menunaikan ibadah umrah pada Disember lalu.
“Bagi saya, apabila kita sedang melakukan satu kebaikan, Allah beri satu dugaan dan ingin melihat bagaimana kami tangani ujian itu.”
Yana menjelaskan memang kebetulan mata suaminya pada masa itu kemerahan kerana alergik dengan cuaca sejuk pada masa itu.
Dia terkejut kerana ramai pihak menghubunginya bertanyakan perkara itu. Namun dia tetap fokus dengan ibadahnya.
Suaminya juga menerima mesej daripada rakannya yang bertanyakan tentang spekulasi bahawa dia telah ditahan di Jeddah kerana dadah.
Yana menasihati suaminya agar mengabaikan sahaja perkara itu. Dan akui terkejut dengan individu yang ditahan itu.
Dia berharap perkara itu akan dijadikan pengajaran oleh semua pihak dan dipermudahkan urusan.
Sebelum ini ramai terkejut dengan berita penahanan seorang pelawak terkenal di tanah suci kerana disiasat berkaitan kes dadah.
Pelawak tersebut juga dilaporkan sudah 2 bulan ditahan di Jeddah.