Sudah menjadi satu kewajiban buat kita untuk membayar cukai kepada kerajaan. Dengan cukai yang diterima, kerajaan  boleh menggunakan dana itu untuk membangunkan negara di samping memberikan faedah buat rakyatnya.

Berkongsi laporan semasa, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyatakan telah menerima pemfailan cukai dengan nilai RM1.21 bilion setakat 14 Jun yang lepas, sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Kosmo Digital

Angka tersebut dilihat masih rendah jikalau dibandingkan dengan cukai taksiran tahun 2021, yang bernilai RM5.56 bilion.

Sehubungan itu, LHDN mengingatkan mereka yang layak untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Ini terutamanya kelompok mereka yang menjalankan perniagaan runcit, jualan langsung, gerai, bidang penulisan, penyanyi, YouTuber dan juga influencer.

Sebelum ini, LHDN sedia menekankan yang mana pendapatan influencer media sosial boleh dinilai mengikut jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang dimuat naik secara online.

LHDN mengatakan kesedaran membayar cukai dalam kalangan tersebut masih rendah, jikalau dibandingkan mereka dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.

Sumber