Seorang YouTuber kelahiran China telah ditahan di Hong Kong selepas dia dengan sengaja bergaya, merakam video, dan tersenyum di hadapan kebakaran maut Hung Fuk Court.

Dia turut dilihat membuat isyarat ‘peace’ ketika bangunan kediaman di belakangnya sedang terbakar, dalam tragedi yang telah mengorbankan 159 nyawa dan menyebabkan 31 orang masih hilang.

Menerusi laporan terkini, Tingkah laku lelaki terbabit, termasuk tindakan kemudiannya memuat naik komen-komen yang berunsur kebencian dan mengejek mangsa, telah mencetuskan kemarahan awam yang meluas. Keadaan ini akhirnya membawa kepada penahanannya di bawah undang-undang keselamatan negara Hong Kong.

YouTuber Ditahan Lepas Bergambar Dengan Isyarat 'Peace' Berlatarkan Insiden Kebakaran Hong Kong
Sumber Gambar: Global News

Kebakaran yang berlaku di Hung Fuk Court telah memusnahkan tujuh buah bangunan dan menyebabkan kawasan kejiranan itu diselubungi api yang marak.

Ketika keluarga mangsa sedang berdukacita dan pasukan penyelamat giat mencari mangsa yang hilang, seorang YouTuber dikenali sebagai ‘Kenny’, warga negara China berusia 26 tahun (yang bernama keluarga Chan), didapati bergegas ke lokasi untuk merakam dirinya sendiri.

“Dia merakam foto dan video di lokasi kebakaran dengan bangunan yang terbakar sebagai latar belakang, sambil tersenyum dan bergaya dengan isyarat ‘YA’ di hadapan kamera.”

“Kemudian, dia memuat naik rakaman tersebut ke media sosial, berserta komen provokatif yang mendakwa mangsa adalah ‘berdosa’, tragedi itu adalah ‘balasan setimpal’, dan ‘tidak perlu bersimpati dengan mereka yang mati atau cedera’.”

Siaran-siaran dia menjadi tular dengan pantas, di mana netizen Hong Kong mengecam tindakannya sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

YouTuber Ditahan Lepas Bergambar Dengan Isyarat 'Peace' Berlatarkan Insiden Kebakaran Hong Kong
Sumber Gambar: Weird Kaya

Pada 3 Disember, Jabatan Keselamatan Negara Polis Hong Kong telah menahan lelaki itu atas tuduhan ‘bertindak dengan niat menghasut’ (acting with seditious intent).”

Di bawah undang-undang keselamatan Hong Kong, kesalahan ini dianggap sebagai jenayah serius, dan sabitan boleh membawa hukuman maksimum penjara sehingga tujuh tahun.

Pihak polis menyatakan suspek bukan sahaja bergaya di lokasi bencana, malah memuat naik kandungan yang didapati ‘mencetuskan kebencian, menyemarakkan perpecahan sosial, dan menyebabkan jijik awam secara meluas’.

Dia dilaporkan memperkenalkan dirinya sebagai ahli ‘White Card Alliance’, sekumpulan tokoh internet kontroversi yang dikenali kerana merakam aksi melampau atau haram demi menarik perhatian.

Ini termasuk menghantar surat ugutan, merosakkan kubur mendiang penyanyi Wong Ka Kui, dan menyerang anggota polis atau wartawan.