Thailand berduka dengan berita pemergian YouTuber pengembaraan Thailand, Hlun Solo, yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika melakukan perjalanan solo di Georgia.
Hlun Solo, yang mempunyai nama sebenar Bowornthat Pengsuk, berusia 27 tahun dan terkenal menerusi kandungan perjalanan di YouTube. Dia dilaporkan hilang selepas keluarganya gagal menghubunginya sejak 13 Julai ketika dia berada di Georgia untuk menghasilkan konten.
Selepas lebih dua minggu usaha mencari dilakukan, pihak berkuasa Georgia mengesahkan Hlun Solo ditemui tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di Tbilisi, ibu negara Georgia. Siasatan terhadap punca kematian kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan.
Keluarga Hlun memaklumkan mereka menerima pengesahan mengenai kematiannya pada 30 Julai. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang proses pencarian, termasuk pihak berkuasa Thailand dan Georgia.
Sebelum ini, Hlun Solo terkenal kerana mengembara seorang diri ke pelbagai lokasi dan berkongsi pengalaman perjalanan menerusi saluran YouTubenya yang mempunyai hampir sejuta pengikut.
UPDATE: Georgian police are conducting an autopsy on Thai travel YouTuber Hlun Solo after he was found dead in a hotel room about 10 days ago, according to a Thai interpreter in Georgia who helped trace his whereabouts.
The interpreter, identified as Boy, said he was asked by… pic.twitter.com/SeYzBHwpUr— Khaosod English (@KhaosodEnglish) July 30, 2026
Keluarganya turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai punca kematian dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Mereka mahu proses membawa pulang jenazah serta urusan seterusnya dilakukan dengan tenang.
Pemergian Hlun Solo menjadi satu kehilangan besar kepada komuniti pencipta kandungan perjalanan, terutama peminat yang mengikuti kisah pengembaraannya di seluruh dunia.