Datuk Yusof Haslam enggan bercakap lagi tentang kisah anaknya, Syamsul Yusof sudah 5 tahun tak balik rumah dan tidak menghubunginya.
Kerana menurut beliau, cerita itu tidak relevan untuk sentiasa diceritakan kepada umum. Ia akan menjadi perkara yang tidak manis.
Sebelum ini Yusof Haslam akui terkejut dengan berita anak sulungnya, Syamsul Yusof sudah memfailkan cerai terhadap Ira Kazar.
Yusof Haslam mendedahkan bahawa dia hanya mengikuti perkembangan Syamsul Yusof dari kejauhan. Kerana anak sulungnya itu sudah 5 tahun tidak menghubunginya atau balik ke rumah.
Dipetik daripada laman Beautifulnara, Yusof Haslam berkata: “Syamsul dah lama tak hubungi kami apatah lagi balik ke rumah ini. Jadi untuk saya komen hal ini macam tak kena pula sebab saya dan ibu Syamsul tak dapat perkhabaran apa-apa.
“Saya sendiri dah sampai ke tahap reda. Apabila dia berkahwin baharu dan kemudian bercerai dengan Puteri Sarah, saya cuma berlapang dada kerana anggap semua ini ketentuan Allah.”
Menurut Yusof Haslam hanya mampu mendoakan kesejahteraan anaknya itu. Kerana sebelum ini dia nak berkahwin dua. Dan kemudian menceraikan pula isteri pertamanya ketika itu, Puteri Sarah Liyana.
Akhir sekali Datuk Yusof Haslam menyatakan bahawa dia dan isterinya selaku ibu bapa bukannya pengemis kasih sayang anak anak mereka. Namun mereka sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak mereka, sama seperti ibu bapa yang lain.
Yusof Haslam memberitahu Syamsul Yusof bahawa rumah mereka sentiasa terbuka untuknya. Dan Syamsul Yusof tahu di mana tempat mencarinya, jika dia mahu berbuat demikian.
Dipetik daripada laman Harian Metro, Datuk Yusof Haslam berkata: “Kita pun sebagai orang tua bukan pengemis kepada anak sendiri. Tetapi, kasih sayang kami sebagai ibu bapa kepadanya (Syamsul) tidak pernah berubah dan berbelah bahagi.
“Terpulang kepada dia sajalah, cerita pun sudah lama, lima tahun, Saya nak terus cakap benda ni berkali-kali pun, pada saya tidak manis untuk ulang benda sama banyak kali.
“Pada saya, dia tahu di mana tempat dia dan dia juga tahu di mana hendak balik.”