Datuk Yusof Haslam memberikan bayangan bahawa sekuel untuk filem Sheriff: Narko Integriti bakal menemui penonton selepas ini.

Filem Sheriff: Narko Integriti sebelum ini mendapat sambutan luar biasa daripada peminat. Dengan meraih kutipan lebih RM60 juta.

Yusof Haslam yang merupakan pemilik kepada Skop Production sudah memberikan bayangan bahawa Syafiq Yusof mungkin akan memulakan penggambaran untuk sekuel filem tersebut pada tahun hadapan.

Yusof Haslam akui beliau sentiasa berhati hati dalam pelaburan. Dengan pengalaman yang ada pada dirinya, beliau yakin promosi dan strategi pemasaran yang betul akan membantu menarik peminat ke panggung.

Pengarah dan penerbit legenda itu menegaskan bahawa modal yang besar tidak menjamin pulangan yang luar biasa. Dan beliau turut mempertimbangkan beberapa risiko dalam pelaburan.

Dipetik daripada sumber portal mStar Online, Yusof berkata: “Kalau diizinkan, Sheriff 2 akan memulakan penggambaran selepas Hari Raya tahun hadapan. Sekarang Syafiq tengah sibuk dengan filem lain.

“Filem ini melibatkan banyak pihak jadi ia memakan masa agak lama. Dan saya kena ulangi proses yang sama seperti Sheriff sebelum ini.”

Yusof Haslam turut berkongsi rezeki dengan lebih 200 individu termasuk pelakon dan kru yang terlibat dalam filem Sheriff: Narko Integriti. Ianya sebagai penghargaan di atas kejayaan filem tersebut.

Walaupun filem tersebut gagal mendapat sambutan di Indonesia, namun Datuk Yusof Haslam menganggap perkara itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk mensasarkan tayangan filem mereka di beberapa negara jiran selepas ini.