Demi keluarga, setiap orang buang ego masing masing untuk kembali bersatu menurut Datuk Yusof Haslam.

Datuk Yusof Haslam gembira bersatu kembali bersama Syamsul Yusof pada Hari Lebaran. Mereka kembali meraikan Hari Raya sebagai satu keluarga yang besar.

Sebelum ini Yusof Haslam pernah mendedahkan bahawa Syamsul Yusof sudah lama menjauhkan dirinya daripada keluarga.

Namun akhirnya keluarga itu bersatu semula pada Hari Raya tahun ini.

Buang ego demi sebuah penyatuan

Kunci utama kepada penyatuan semula keluarga mereka kali ini adalah buang ego dan memilih jalan terbaik untuk berdamai demi keluarga.

Dipetik daripada sumber mStar, Datuk Yusof Haslam berkata: “Jangan simpan dalam hati kerana nanti kita akan jadi tidak tenang. Jiwa akan memberontak dan rasa semua perkara serba tidak kena.

“Begitu juga saya lakukan, sekiranya ada yang buat salah, saya sendiri akan minta maaf dulu. Bukan apa, kadang-kadang semua ini ego sahaja.

buang ego

“Saya fikir tak mengapa mengalah demi mencari kedamaian. Begitu juga dengan isteri, kalau bergaduh saya juga akan ambil langkah mengaku salah supaya keadaan tidak jadi lebih keruh.”

Beberapa bulan lalu, Datuk Yusof Haslam mendedahkan bahawa dia dan Syamsul dah kembali berhubung dan anaknya itu juga sudah melawatnya di rumah mereka.

Ianya menjadi titik penting kepada usaha memulihkan semula hubungan mereka sekeluarga.

Ianya selepas Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah sebaik sahaja bernikah dengan Ira Kazar pada awal 2023.

Buang Ego Demi Keluarga, Yusof Haslam Gembira Syamsul Dah Pulang Pada Hari Raya
Sumber Gambar: Asyraf Hamzah via Harian Metro

Namun pasangan tersebut bercerai kira kira kurang 2 tahun kemudian.

Kini Syamsul Yusof sudah kembali semula ke pangkuan keluarganya pada Hari Raya. Ianya akan menjadi lebaran yang sangat bermakna buat Yusof Haslam dan keluarganya.