Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan selepas tertukar negara Palestin dengan Israel semasa semasa berpidato di pentas utama Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena pada malam semalam.
“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara. Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin! Allahu Akbar,” petik perkongsiannya di laman Facebook rasmi milik beliau.
Baca Juga:
- Zahid Hamidi Sahkan Penjawat Awam Baharu Tidak Berpencen
- Ahmad Zahid Hamidi Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Daripada 47 Pertuduhan Kes
- Akui Pernah Hampir Tersalah Sebut, Wartawan Puji Zahid Hamidi Betulkan Silap Tanpa Meleting
Permohonan maaf itu dikongsikannya selepas tular klip video di mana beliau terkhilaf semasa melaung ‘Hidup Palestin’ yang tertukar dengan ‘Hidup Israel’.
Dalam masa sama, ketika menyampaikan pidatonya, Zahid Hamidi tanpa sengaja tertukar kedua-dua negara tersebut; ‘Rakyat Malaysia pelbagai agama dan kaum akan terus berikan sokongan kepada Israel’.
Pada malam semalam, ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Axiata Arena Bukit Jalil bagi memberi dokongan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin.
Ribuan rakyat Malaysia turut berkumpul bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam pada minggu lalu.