Zahid tampil bersuara tentang isu berkaitan dengan kehilangan wang isterinya dalam akaun bank kerana pautan ke aplikasi Touch ‘n Go.

Sebelum ini isteri Zahid kehairanan kerana pihak Touch ‘n Go meminta dia mengucapkan terima kasih kepada mereka. Sedangkan isu tersebut masih belum selesai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

TnG Digital sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kehilangan wang itu adalah kesilapan daripada pihak isteri Zahid sendiri dan transaksi itu tiada kaitan dengan aplikasi TnG.

TnG turut mendedahkan bahawa mungkin ada pihak lain yang boleh akses ke akaun isteri Zahid untuk membuat transaksi.

Perkara itu benar benar mengecewakan isteri Zahid yang mendakwa dia ada bukti lampiran 100 halaman bercetak menunjukkan transaksi wang tersebut berkaitan dengan pautan Touch ‘n Go.

Isteri Zahid Dedah Touch ‘n Go Paksa Dia Ucap Terima Kasih Atau Disaman

Kemudian Zahid pula tampil membuat kenyataan menceritakan tentang perbincangan dengan pihak Touch ‘n Go.

Zahid mengakui pihaknya ada bersemuka dengan pihak Touch ‘n Go. Dan dia menyatakan perjumpaan itu mesra dan positif.

Zahid turut menegaskan bahawa dia sudah pergi ke bahagian yang mengendalikan penipuan di Maybank. Dan diberitahu bahawa siasatan memakan masa sekitar 10 hari.

Malangnya, selepas pertemuan itu, TnG membuat kenyataan rasmi menyatakan bahasa transaksi itu adalah seolah olah salah isteri Zahid sendiri. Dan paling pelik pihak Touch ‘n Go meminta dia dan isterinya mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Zahid terasa sangat pelik kenapa mereka perlu berterima kasih kepada Touch ‘n Go sedangkan kes itu masih belum selesai.

@zahidbaharudin80

Penjelasan terhadap kes kehilangan duit di TNG e-wallet.

♬ original sound – Zahid Baharudin – Zahid Baharudin

Kemudian Zahid berpendapat bahawa pihak TnG seolah olah nak lepas tangan begitu sahaja dalam perkara tersebut.

Lebih mengejutkan, apabila TnG memberikan amaran kepada Zahid dan isterinya, jika mereka tidak memuat naik video terima kasih tersebut, pihak TnG akan mengambil tindakan perundangan.

Zahid menambah transaksi daripada e-dompet TnG tersebut melibatkan transaksi kepada kedai seperti kedai barangan elektrik, kedai topi dan sebagainya.

Oleh sebab itu Zahid mempersoalkan tahap keselamatan aplikasi tersebut yang semudah itu membenarkan transaksi berlaku begitu sahaja.

Akhir sekali Zahid berharap perkara ini akan dapat diselesaikan dan tiada lagi kes seperti ini di masa akan datang.

@zahidbaharudin80

Penjelasan part last.

♬ original sound – Zahid Baharudin – Zahid Baharudin