Pihak TnG Digital akhirnya tampil bersuara selepas dituduh menjadi sebab kehilangan wang dalam akaun isteri Zahid baru baru ini.

Beberapa hari lalu, Zahid telah meluahkan di TikTok bahawa wang simpanan dalam akaun isterinya lesap. Ianya gara gara pautan kad debit yang dipautkan kepada aplikasi Touch n Go e-wallet.

Baca Juga:

@zahidbaharudin80

Habis mood raya!! Musibat punye hacker!! @Brenda90 – Mangsa

♬ original sound – Zahid Baharudin – Zahid Baharudin

Zahid dengan nada kesal menyatakan wang kira kira RM4,250 telah lesap dan meminta netizen tidak memautkan akaun bank mereka kepada aplikasi TnG e-wallet.

Pihak TnG memberitahu Mstar online bahawa kehilangan wang daripada akaun isteri Zahid itu bukan kerana pautan ke aplikasi mereka. Namun kerana ada transaksi lain yang berlaku dalam peranti milik isteri Zahid.

“Hasil semakan kami, terdapat transaksi dari bank ke e-wallet dan ia berlaku menerusi peranti isteri Zahid sendiri. Cara transaksi itu bukan dari pautan kad debut yang dibuat dengan e-wallet,” tegas pihak TnG Digital kepada Mstar.

Pihak TnG sudah bersemuka dengan Zahid dan isterinya menjelaskan tentang perkara itu pada Khamis. Di mana mereka berjaya mengesan ada transaksi berlaku yang menyebabkan kehilangan wang itu. Namun mereka tidak pasti bagaimana ia boleh berlaku.

TnG menambah: “Kami ada bukti kukuh bahawa transaksi yang dilaporkan semua dilakukan menerusi peranti milik pengadu sendiri beserta pengesahan transaksi yang tepat.”

TnG tidak menolak kemungkinan bahawa transaksi itu berlaku kerana ada pihak lain selain isteri Zahid yang boleh akses kepada akaun peribadinya.