Perkongsian Nurul Hidayah Ahmad Zahid perihal seorang wanita yang tidak bertudung di sebuah kafe Starbucks di Mekah menerima respons pelbagai daripada netizen.

Namun majoriti daripada komen merasakan tindakan untuk mendedahkan aurat wanita tersebut di Instagram miliknya adalah tidak wajar dan tiada keperluan untuk dia berbuat demikian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Semalam saya di Starbucks ZamZam Tower, MAKKAH. Saya terkejut pertama kali menyaksikan di depan mata saya seorang wanita dengan selamba melepaskan tudungnya.

Saya tak pasti dia beragama apa setelah Saudi membuka ruang ‘Tourists Visa’ adakah agama lain dibenarkan masuk ke Tanah Suci Mekah? ATAU wanita ini sedang mengalami masalah mental?” tulisnya.

Dia juga berhajat untuk bertanya wanita tersebut tetapi dihalang oleh suaminya. “Jika non muslim pun, dia patut menghormati tempat kat mana dia berada,” ayat akhir daripada Nurul di perkongsian tersebut.

Beliau mungkin berniat mahu berkongsi pengalaman tersebut yang jarang dilihatnya tetapi ramai berpendapat perkara tersebut adalah tidak perlu dan sebenarnya boleh menimbulkan pelbagai tanggapan tidak benar kepada wanita tersebut.

https://twitter.com/RNFini/status/1549161273648095232

Begitu juga ada yang menegur untuk beliau sentiasa husnuzon (bersangka baik) dan menumpukan tumpuan kepada ibadah kerana beliau kini sedang berada di Mekah.

Ini beberapa artikel berkaitan kota Mekah yang anda boleh baca. Klik pada pautan di bawah.

Lihat Suasana Musim Haji Di Mekah Sekitar 125 Tahun Yang Lalu

Ini Kisah Tiga Sahabat Dari Kelantan Ke Mekah Dengan Motosikal Yang Mencuri Perhatian Ramai