Zaman kegemilangan syarikat minyak dan gas mencatatkan keuntungan yang besar sudah berlalu, kata eksekutif tertinggi Petroliam Nasional Bhd (Petronas), sambil menegaskan bahawa prestasi kewangan syarikat minyak negara tahun ini tidak akan menyamai tahun 2022.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Tan Sri Muhammad Taufik berkata sektor minyak dan gas menghadapi cabaran dalam semua aspek apabila pelabur kini lebih berminat dengan tenaga bersih.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Peralihan dunia ke arah tenaga lebih bersih dan hijau memberi cabaran kepada peserta industri untuk memastikan perniagaan terus kekal relevan pada masa depan.

“Ia masih menguntungkan tetapi ia tidak akan menjadi jenis margin yang sangat sihat (yang telah kita lihat sebelum ini),” kata Tengku Muhammad Taufik pada taklimat pada Selasa sebelum Petronas mengumumkan keputusan suku pertama tahun kewangan 2023.

Beliau menambah bahawa persekitaran operasi telah menjadi lebih kompleks dalam tempoh enam bulan lepas. “Untuk baki 2023, prospek akan mencabar,” katanya.

“Zaman keemasan” industri penapisan dilaporkan bermula pada 2004 apabila margin mula meningkat disebabkan pertumbuhan permintaan global dan kekurangan dalam kapasiti pengeluaran penapisan.

Tetapi kini lain, margin telah menurun kerana lebih banyak kapasiti daripada loji baharu dan kos yang lebih tinggi disebabkan oleh harga minyak mentah.

Tengku Muhammad Taufik juga berkata Petronas akan terus melabur dalam usaha niaga tradisional berkaitan hidrokarbon serta tenaga bersih baharu.

Beliau mengulangi bahawa syarikat itu akan membelanjakan RM50 bilion-RM60 bilion dalam perbelanjaan modal (capex) setiap tahun, dengan disalurkan kepada tenaga bersih baharu termasuk produk khusus.

Petronas mencatatkan keuntungan bersih RM23.8 bilion pada suku pertama 2023, naik 2.0 peratus berbanding RM23.4 bilion suku sama tahun sebelumnya.

Namun, berbanding suku keempat 2022, keuntungan bersih syarikat minyak dan gas nasional itu merosot 2.0 peratus.

Pendapatan kumpulan bagi suku dikaji berjumlah RM90.4 bilion, meningkat 16 peratus berbanding RM78.2 bilion pada suku sama 2022.

Bagaimanapun, pendapatan Petronas merosot 15 peratus berbanding RM105.9 bilion yang dicatatkan pada suku keempat 2022.

Sementara itu, jumlah aset mengukuh kepada RM713.6 bilion pada 31 Mac 2023.

Sumber