Bekas pemain pasukan kebangsaan, Zaquan Adha membuat laporan polis ke atas Rita Rudaini kerana kenyataan berbaur fitnah.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Zaquan yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada hari ini.
Baca Juga:
- ‘Hang Lah Batu Api Sebenar, Acah Terpaling Bagus’ – Rita Rudaini Minta Bekas Adik Ipar Tutup Mulut
- ‘Kalau Aidil Peduli, Mesti Sudah Lama Melawat Anak’ – Rita Rudaini Label Netizen ‘Palatau’
- Pindah Anak Dari Sekolah Swasta Ke MRSM, Rita Rudaini Berang Dituduh Curi Kuota B40
Dalam status di IG Story beliau, Zaquan berkata:
“Assalamualaikum, saya baru saja buat laporan polis berkenaan IG Story yang dikeluarkan oleh Rita Rudaini yang berunsurkan fitnah ke atas saya dan keluarga.”
Sebelum ini Rita Rudaini membidas Zaquan Adha selepas satu laporan media yang menyatakan bahawa Zaquan Adha enggan campur tangan isu Rita Rudaini dan kembarnya Aidil Zafuan.
Di mana Rita Rudaini ‘meningatkan’ Zaquan bahawa dia adalah seorang batu api dalam hubungan dia dan Aidil dahulu.
Rita menulis: “Pertamanya, tajuk ini memang tak tepat, sebab kami bukan isteri orang tu, dah lama dah pun.
“Jadi, ‘rumah tangga’ tu, silap.
“Yang kedua, orang ni kata dia tak masuk campur. Kalau dia lupa, dia la yang masuk rumah kami dulu dan ambil semua baju-baju abang dia. Hang lah yang send mesej dekat abang hang bagitahu anak dalam kandungan tu bukan anak dia.
“Hang lah batu api besar. Hang lupa ni. Lagi satu, kalau tak nak masuk campur, jangan cakap apa-apa. Diam je. Kita pun tak ada kaitan apa-apa.
“Last sekali, hang dan keluarga hang telah cipta Rita yang baru. Dulu aku lemah korang pijak aku. Hang ni tak sudah-sudah acah terpaling bagus.” tulis Rita.