Zinedine Zidane dilaporkan akan menolak tawaran membimbing Manchester United sekiranya dia ditawarkan jawatan itu.
Beliau kini menjadi sasaran pemilik baharu United, Jim Ratcliffe bagi menggantikan tempat Erik Ten Hag.Β Legenda Perancis itu tidak mengendali mana-mana pasukan selepas kali terakhir bersama Real Madrid pada tahun 2021.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- Kes ‘Scam’ Salah Bank Atau Diri Sendiri? Ini Cara Untuk Elak Jadi Mangsa Yang Seterusnya
Zidane memenangi dua gelaran La Liga dan tiga Liga Juara-Juara Eropah sepanjang menjadi pengendali Los Blancos.
π¨π¨| NEW: Zinedine Zidane will ππππππ the chance to manage Manchester United should he get offered the job.
[@RMCsport] pic.twitter.com/AdiiW17JAv
— CentreGoals. (@centregoals) March 1, 2024
Bagaimanapun, Zidane hanya akan membimbing tiga kelab sahaja namun bukan Manchester United.Β
Perkara itu didedahkan oleh bekas bintang Denmark, Thomas Gravesen menurut laporan dailymail.
“Saya pernah bercakap dengan Zidane ketika di Madrid dua tahun lalu dan beliau berkata hanya akan membimbing tiga kelab sahaja.
“Tiga kelab itu ialah Marseille, Madrid dan satu lagi dari Perancis. Saya tanya sekali lagi, dia kata kemungkinan hanya tiga kelab ini sahaja. Beliau sendiri memberitahu saya perkara itu,” kata Gravesen.
Antara faktor lain yang menyebabkan Zidane tidak berminat memulakan karier di Old Trafford adalah kerana masalah bahasa.
Zidane tidak fasih berbahasa Inggeris dan merasakan tidak perlu untuk belajar – faktor utama yang menghalangnya untuk memulakan karier di Liga Perdana Inggeris, baik sebagai pemain mahupun pengendali.
Hanya jawatan di Bayern Munich, bekas kelabnya Juventus dan pasukan kebangsaan Perancis yang mampu minat Zidane untuk kembali berada di tepi padang.